“IMPIAN Yatie ingin melihat semua orang jelita bersama produk HD Beaute Cream, kerana memang semua orang boleh jelita dengan produk ini. Sinonimlah dengan motto kami, calit je terus jelita,” kata Norhayati Ali, 43, pengasas produk berkenaan yang juga seorang jurusolek sambilan.

Berasal dari Kelantan dan merupakan ibu kepada empat orang anak, wanita yang membahasakan dirinya sebagai Yatie ini merupakan insan yang amat gemar dan mementingkan kecantikan.

Malah, apabila menjalankan kerja-kerja menyolek, dia berharap agar ada sebuah produk yang memudahkannya meningkatkan kecantikan wajah seseorang itu.

Justeru, lahirlah HD Beute Cream, produk lengkap untuk keseluruhan wajah yang merupakan satu fenomena baharu dalam dunia kecantikan.

“Kita faham, semua wanita hendak kelihatan cantik tetapi mereka malas untuk menyolek diri sendiri kerana perlu menyapu bedak asas, bedak debu, bedak kompak dan sebagainya. Kini tidak susah lagi, kerana dengan hanya menggunakan produk ini sahaja, kulit wajah akan menjadi lebih bersinar, cantik dan glowy (berseri).

“Krim kecantikan ini juga tidak menjadikan wajah anda bercapuk dengan bedak yang tidak rata sapuannya, selain melindungi kulit kerana mempunyai SPF 35 , tona warna kulit yang sekata, kalis air, nampak semula jadi dan boleh digunakan pada semua jenis kulit termasuk kulit berminyak, kering dan sensitif.

“Lagi satu dengan HD Beaute Cream ini, kita tidak perlu membeli bedak lain, jadi menjimatkan kos kerana hanya dengan satu bedak ini boleh menjadikan kulit cantik. Dengan sekali sapuan sahaja, tidak perlu guna bedak lain secara berperingkat-peringkat,” kata Yatie yang meminta setiap wanita perlu ada satu dalam beg tangan mereka.

Bukan itu sahaja, produk krim kecantikan tersebut juga boleh ditanggalkan dengan mudah, hanya menggunakan sabun pencuci muka biasa sahaja.

Sekiranya menggunakan produk ini, mereka tidak perlu menggunakan bedak lain dan tahan sehingga 12 jam lamanya, selain membantu mengaslikan warna kulit dan tidak berminyak.

Dalam pada itu menurut Yatie, pihaknya memerlukan stokis dan ejen di seluruh Malaysia untuk mengedarkan produk berkenaan yang ternyata amat laris di pasaran walaupun baharu sebulan berada di pasaran.

Sementara itu Pengasas Jutawan.com, Kamarul Ariffin Jainal Abedeen berkata, pihaknya merupakan syarikat yang bertanggungjawab mengeluarkan produk berkenaan yang seberat 20 gram dan berharga RM89 itu.

“Kita melihat maklum balas yang baik daripada masyarakat yang memang gemar dengan kecantikan dan menjadikan HD Beaute Cream ini satu produk asas yang utama bagi kulit mereka.

“Kita melihat semua orang berpuas hati dengan produk ini. Tambahan pula produk ini merupakan satu krim yang berkesan dalam usaha untuk mengekalkan tona warna kulit lebih cantik, mengikut warna kulit asal.

“Kita mengeluarkan produk kerana rasa terpanggil untuk melihat lebih ramai masyarakat hari ini menjadi usahawan dengan berniaga,” katanya yang memberitahu kandungan krim berkenaan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi."

dipetik dari utusan online